Sibu beri isyarat jelas jentera BN longgar

SK 的头像

oleh Hassan Omar

Gerak gempur parti ke akar umbi tak capai sasaran, keikhlasan janji saat akhir dipertikai

SUDAH seminggu pilihan raya kecil Parlimen Sibu berlalu. Pelbagai analisis dikemukakan sama ada yang berdasarkan keputusan diterjemahkan pengundi pada kotak undi atau pada penelitian mereka yang menyaksikan sendiri perjalanan pilihan raya itu.

Persoalan itu masih berlegar ketika calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew, 45, terpaksa mengakui kekalahannya kepada calon DAP, Wong Ho Leng, 49. Kedua-duanya berkelulusan undang-undang.

Pelbagai aspek dikemukakan penganalisis mengenai faktor kekalahan BN. Antaranya ialah kelemahan dan masalah dalaman Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), parti mewakili masyarakat Cina di Bumi Kenyalang, jentera BN tidak kreatif dan agresif berbanding jentera pembangkang.

(More......)

Posted In